Tuesday 6 September 2011

Masalah bukanlah sesuatu beban

Assalamualaikum.
Hello, Hai..
Fuh ! dah lama tak bercerita dan berceloteth dekat blog nie kan..
Ada juga yang tanya kenapa dah tak layan blog ni.
Sebenarnya bukan tak nak share cerita2 dekat blog.
Tapi apabila saya tulis apa yang saya rasa pada blog ni.
Benda tu buat saya ingat pada kesedihan, kepedihan, marah, geram, etc.
Jadi the best way untuk saya adalah dengan sibukan diri.

Sibukan diri dengan lari daripada masalah adalah berbeza.
Kadang2 orang salah faham benda tu.
macam ni lah.

Sibukan diri tu kita boleh anggap kita cuba membuka atau 
memberi ruang yang baru untuk kita menyelesaikan masalah
kita. berbanding kita larikan diri.
Manalah tahukan dalam kita sibuk2 kerja kita dapat cari penyelesaian untuk 
permasaalah kita.

Larikan diri tu pula kita boleh anggap sebagai satu cara yang membawa
kemusnahan kepada kita. Di mana kita tidak cuba membuka 
atau mencari jalan penyelesaian sebaliknya kita mencari
masalah yang baru.

Contoh : Kita gaduh dengan mak dan ayah. Kemudian kita melarikan diri daripada
rumah. Selepas itu kita terjerat atau terperangkap dalam perdagangan orang.
Masalah kita bertambah. Kita bertemu dengan orang yang konon-kononya mampu 
mengeluarkan kita daripada masalah itu. Tetapi akhirnya kita di paksa menjadi pelacur.
Jadi bukankah melarikan diri itu menjadikan masalah lebih rumit dan lebih besar?
Sebelum kita hendak buat sesuatu, fikirlah sejenak. Jangan ambil jalan yang nampak mudah tapi
sebenarnya memberi impak yang lebih bahaya.

****************

Sekarang satu je. Saya nak hidup dengan lebih bahagia. Jadi masalah kecil mahupun besar bukanlah sesuatu beban untuk saya. Sebaliknya masalah menjadikan saya MANUSIA YANG LEBIH UTUH.

No comments:

Post a Comment