Tuesday 6 September 2011

Masalah bukanlah sesuatu beban

Assalamualaikum.
Hello, Hai..
Fuh ! dah lama tak bercerita dan berceloteth dekat blog nie kan..
Ada juga yang tanya kenapa dah tak layan blog ni.
Sebenarnya bukan tak nak share cerita2 dekat blog.
Tapi apabila saya tulis apa yang saya rasa pada blog ni.
Benda tu buat saya ingat pada kesedihan, kepedihan, marah, geram, etc.
Jadi the best way untuk saya adalah dengan sibukan diri.

Sibukan diri dengan lari daripada masalah adalah berbeza.
Kadang2 orang salah faham benda tu.
macam ni lah.

Sibukan diri tu kita boleh anggap kita cuba membuka atau 
memberi ruang yang baru untuk kita menyelesaikan masalah
kita. berbanding kita larikan diri.
Manalah tahukan dalam kita sibuk2 kerja kita dapat cari penyelesaian untuk 
permasaalah kita.

Larikan diri tu pula kita boleh anggap sebagai satu cara yang membawa
kemusnahan kepada kita. Di mana kita tidak cuba membuka 
atau mencari jalan penyelesaian sebaliknya kita mencari
masalah yang baru.

Contoh : Kita gaduh dengan mak dan ayah. Kemudian kita melarikan diri daripada
rumah. Selepas itu kita terjerat atau terperangkap dalam perdagangan orang.
Masalah kita bertambah. Kita bertemu dengan orang yang konon-kononya mampu 
mengeluarkan kita daripada masalah itu. Tetapi akhirnya kita di paksa menjadi pelacur.
Jadi bukankah melarikan diri itu menjadikan masalah lebih rumit dan lebih besar?
Sebelum kita hendak buat sesuatu, fikirlah sejenak. Jangan ambil jalan yang nampak mudah tapi
sebenarnya memberi impak yang lebih bahaya.

****************

Sekarang satu je. Saya nak hidup dengan lebih bahagia. Jadi masalah kecil mahupun besar bukanlah sesuatu beban untuk saya. Sebaliknya masalah menjadikan saya MANUSIA YANG LEBIH UTUH.

Sunday 24 July 2011

Cik Senah Senget !

Assalamualaikum.
ehem !
Nama Saya Senah Senget .

Kenapa nama saya Senah Senget ek?
Ceritanya macam ni,
saya ni kan ambik kos Graphic Design.
So, saya kenalah mereka sesuatu.
Bila saya dah hasilkan kerja saya.
Saya pun pergi lah dok tunjuk dekat lecturer saya.
Bila dia tengok !
ha, ambik kau....

Dia cakap :
Kau ni apalah jem.
Saya baru suruh buat ni.
Dah nampak senget.
Ni kalau saya bagi awak bina bangunan.
Almaklum Bangunan tu runtuh
sebab awak bina senget.

*****

hum, 
Berpunca daripada kes tu lah..
aku cari dan cipta satu nama daripada senget tu.
Aku pun xtahu apa sal aku suka sangat dengan Senah tu.

Sampai membe aku cakap :
asal nama kau Senah ek?
kau curi nama Cik Nah ea? a.k.a HUSNA.

Aku just terdiam dan buat tak tahu.
Sebenarnya nama Senah tu memang abik daripada Husna.
Tapi di singkat kan.
Yang PALING PENTING !
Bukan Husna kawan aku tu.
Tapi Husna untuk seseorang yang pernah aku sayang dulu.

Seseorang yang aku jaje nama dia pada semua orang.
Bukan aku menuntut untuk menceritakn 
keburukan dia.
Tapi apa yang aku jaje adalah perihal yang baik2 tentang dia.
Jaje itu bukan untuk kepentingan dia.
Tapi untuk menguatkan ingatan aku terhadap dia.

Disebabkan itu Nama, Raut wajah, Perangai, 
Tingkah Laku, Suara n etc
Sentiasa ada menemani.
Walaupun aku hanya memeluk bayang dia.

Aku xnk ungkap kisah lama.
Sebab aku cuba untuk melupakan.
Tapi,,,
Ucapan@Kata2 yang pernah terlerai, 
tak mampu aku hapuskan.
Kerana Aku adalah manusia yang sentiasa mengingati 
kata2 yang terkesan dek hati lalu di simpan dan peram. 
sampai bila aku xpasti.

Selagi kau ingat aku,
Aku pasti akan ingat kau juga.
Sebab "Kimia" kita xpernah kurang.
(tapi masih ada beza)

Aku harap kau belajar elok2.
Cukuplah untuk aku sekadar melihat seseorang yang
hampir sama dengan kau (tapi berbeza)
hampir setiap hari.

Aku hanya melihat dia.
Tapi aku xpernah berikan apa yang pernah aku bagi dekat
kau pada dia.
Aku masih menjaga KUALITI specialnya kamu di hati ni.

*END*

Sensitif !

Aku seorang yang SENSITIF !
Ko taw tak benda tuh?
Aku rasa ko tak taw..
Sebab tu kau selalu bikin aku sentap !

Tapi rasa macam kau tahu aku kaki sentap.
Sape weh tak sentap dengan kata2 ko..
Aku ni daripada kecik memendam dan mendiam je.
Aku tak belajo untuk meluah.

Sebab tu agaknya bila orang bagi kata2 PEDAS.
Aku tak tahan.
Aku terbakar.
Sebab ada sejarah yang aku pendam dan diam kan 
dekat satu sudut.
Bila ia berulang kembali aku jadi macam tak keruan.
Aku mula nak meletup.
Tapi aku cuba untuk mendiamkan diri 
dan pergi cari keje untuk di buat.

Pertama sekali yang aku buat,
aku cari orang yang aku rapat untuk di ajak begurau.
Sedikit sebanyak ok sikit diri ni.

Tapi masih TERSEMAT kata2 pedas tu.
Aku tak taw macam mana mau bikin benda tu terpadam 
dan lenyap macam tu je.
aish, susah gak kalo jadi orang yang macam ni..

Aku cuma nak orang jaga hati aku macam aku jaga hati dia.
kau boleh ajak gurau dengan aku.
aku alu2 kan.
tapi ko jangan lah keluarkan kata2 pedas yang macam siot !
aku tak tahan !

Di sebabkan kata2 pedas tu aku jadi orang sensitif.
kadang2 orang nak gurau je dengan aku.
tapi aku take serius.
sorry dude !
aku daripada kecik memendam.
when i talk nobody listened.
i really disappointed and i love to be alone
without monitored.
*END*


Wednesday 20 July 2011

biarkan jauh asalkan aku dapat !

Assalamualaikum.
ehem !
Apalah yang jauh tuh ek?
Jauhnya perjalanan akan aku tempohi.
Asalkan aku dapat tengok kau !
Itu dah sangat cukup untuk aku . . .

*****
Hari ni adalah hari yang paling Hebatlah !
Senyum pun dah sampai telinga.
Sangat berpuas hati dengan tindak kan aku untuk pergi sejauh tuh..

Tempatnya tak adalah jauh mana..
Ke Bakri Batu 6.
Area Parit Zain.

Pergi sana dengan harapan dapat tengok Alya Amirah.
Fuh ! apa ke sewelnya jiwa ni.
tetibe nak rindu sama dia.
lepas tu sanggup uh nak pegi ke sana dengan harapan jumpa dia.

aku dah bajet dah xkn teserempak.
but,,,
My Heart Never Stop to Calling Her Name.

maybe tu yang buat aku dapat tengok dia & dengar suara dia.
she call : JEEEEEMMMMM !
(sambil melambai)

tibe2 teringat pulak,
masa awal2 kami kenal.
macam tu gak...
Manjanya dia ~

Apa2 pun saya sangat gembira !
Awak dah taw kan kenapa saya pergi Bakri tu.
Semata2 cari awak. 

Serius memang saya marah dengan awak hari tu.
Sebab awak tak layan saya.
Penat saya datang jejaoh sedangkan masa tu 
saya ada latihan untuk final drama BI sy.
Saya tangguh timing tu.
Sedangkan saya adalah Watak Utama.
Fikirlah.
Saya malas nak marah.
nanti tua..

Ok lah..
*END*

Tuesday 19 July 2011

can't let you go even if i die !

assalamualaikum.
ehem ! 
i can't let you go lah , even if i die.
reason :
i starting falling in love with you.

every single day you make me smile.
you show me who you are.
you apologize when you made a mistake.
you understand me more than mysefl.

but i'm always make someone hurt.
with my attitude and my word.
i know you love me.
me too.

i am always lucky to meet a good person.
who a willing to concede.
tQ so much.
&
i'm sorry if i did wrong.

Sunday 17 July 2011

Sekali Lagi


Assalamualaikum.
Nama saya Arman.
Saya ada penyakit Automatik.
Eh, salah..
Autistiklah..
hehehe..

hum,
Sekali Lagi tu tajuk cerita baru Sam+Lisa Surihani.
Orang kata cita tu tak best.
Tapi bagi aku seronok !

Banyak kali aku tengok dekat Astro First.
ahaha ! sementara ada.
Hari ni last day tayangan cite tu.

***********************

aku suka part bila Arman(sam) tinggalkan Sheila(lisa suruhani).
Sebabnya dia tak nak susahkan perempuan tu.
Arman ada tumor dekat otak.
Bila buat pembedahan hidup dia takkan normal lagi.
so, dia tinggalkan Sheila sebab dia tak nak susahkan Sheila.

***********

kalau aku pun. 
aku nak buat macam tu.
tak nak susahkan orang untuk jaga aku.
biarlah family aku yang jaga.
tapi xelok juga biarkan orang yang kita sayang tanpa bagi tahu 
alasan yang sepatutnya kenapa kita tinggalkan dia.
Orang kata Suka Duka Biar Bersama.

**************
Apa2 pun saya Peminat Sam, Lisa Surihani dan Mia Sarah !


Wednesday 6 July 2011

Saya Rindu Awak Tahu !

Assalamualaikum. 
ehem, ehem.
Keadaan yang tidak begitu baik.
Aku taip entry ni.

Boleh tak saya nak tumbuk dinding?
Dah lama tak tumbuk dinding.
Rindu rasanya..
Sebab dinding tu setia menemani saya.
Bila saya gembira, saya sedih.
Bunyi macam orang gila kan?

By the way aku tak gila.
Tapi kalau aku betul2 tak tertahan nak simpan rasa di hati.
Itulah yang akan aku buat.
Tapi serius dah lama xbuat benda "BODOH" tu.
Setakat menyakitkan diri je.

Betul-betul ni. 
Aku Rindu Sama Kamu.
Rindukan Alya Amirah Ahmad Nasaruddin. 

Aku datang sekolah hari tu.
Aku tunggu dia. 
Harapan tinggi.
Tapi target tak kesampaian.
Nak buat macam mana.
Saya pun balik.
Tapi serius bila balik.
Time malam aku terfikir dan menyesal sebab tak tunggu dia.

Entahlah.
Aku ni jahat sangat agaknya.
Aku layan dia tak baik kot dulu.
Dia kan jenis manja.
Aku pulak macam susah nak terima.
Tapi bila dah lama, aku rasa macam hidup aku hilang sesuatu.
Sesuatu yang dulunya selalu merengek.
Bila tak layan dia kecik hati.
Dan aku pun kena pujuk dia.

Aku pun ada buat perjanjian di mana aku tak nak kacau dia.
Sampai dia habis PMR.
Tapi dia tak rindu aku ke?
Entah lah LABU.

Hanya ALLAH je tahu.
Simpan buat pekasam ye jem.
SABAR itu SEPARUH daripada IMAN.

I always miss moment when there was you and me ^_^

Monday 27 June 2011

SupriSe ~

assalamualaikum.
ehem2...
apa yang dok suprise sangat tuh?
"abang, abang. abang malu sebenonya.  kome tengok abang"
(tiru gaya Mamat Khalid)

ni ha ceritanya, semalam.....
saya ada bikin suprise untuk kawan saya.
saya bagi dia something yang berkaitan dengan saya punye
kos belajo.
haha ! memang gile kentang wa kelentong sama dua minah tuh.

meh aku cerita apa yang aku kelentong :
bagi text dekat kawan.

(kawan satu)
aku : eh, esok lepak jom.
qila : lepak? tengok lah macam mana.
aku : ala, bukan keluo awal2 pun. kul 4 baru keluo.
qila : boleh lah. ko nak lepak ke ko nak jog?
aku : nak lepak aje lah. ok, aku ambik ko kul 4 t.
qila : ok2.. boleh2.. tp ko ada nk jmpe spe2 ke apa ke?
aku : aku nk jumpa someone je.
qila : oklah...

(kawan dua)
aku : makcik2.... esok makcik ada dekat rumah x?
zha : makcik ada lah dekat rumah. takkan makcik dok kat luo rumah kot.
aku : ok2. esok nenek datang. tapi bukan datang sorang. nenenek bawa qila sekali.
zha : ok lah nenek.
aku : but promis me jangan bagi taw qila bout this.
zha : ok....

****************************
pada hari kejadian dalam pukul empat.
aku sampai je qila tanya nak pergi mana.
aku cakap nak pergi makan buah dekat tanjung.
maka qila pun percaya.

then bila sampai tanjung, pakcik yang jual buah tu tak ada lagi lah.
hampa dan kecewa lah aku.
tak dapat nak makan tembikai susu........
mengidam dah banyak hari taw !!!

so, aku pun tanye qila nak pergi mana?
pakcik tak sampai lagi.
dah lah panas ni.. aku ni tak leh kena cahaya matahari.
hahaha ! tergelak aku dengo ayat aku tu..

qila : kata ko nak jumpa someone. dia dah sampai lom?
aku : belum. dia tak datang pada kita. tapi kita yang datang pada dia.
qila : lah, nak buah aje pnye pasal ajak aku lepak.
(masa ni qila tak dapat apa2 clue untuk dia tafsirkan kemana aku nak bawa dia)
aku : a'ah lah. semata-mata nak makan buah.
(aku terpaksa mengiakan apa je yang qila tafsirkan. sbb wa tak nak kantoi. haha !)
aku : dah lah. jom kita round2 nek moto.

maka kami pun berjalan2.
masa kat atas moto tu aku sengaja buat dia leka.
aku cerita pasal isu yang dia bangkitkan.
tapi xabis cerita dalam mesej.

round2, aku pun masuk lah ke jalan umah zha.
haha ! sampai je umah zha.

qila : ko datang sini dah bagi taw dia lom?
aku : dah, dah bagi taw dah.

zha pun keluo lepas tuh..... haha !
aku buat muke tak bersalah lah.
so, kami beborak jap.
tak lame tu aku terus bagi point aku.
aku buka box moto, aku keluokan poster yang aku buat tuk mereka.

satu, dua, tiga....
tadaaaaaaaaaaa.......
ini dia untuk korang.

zha : wahhhhhhhh ! cantiknya..... (sambil ketawa comel)
qila : (terpaku)
aku : ni ada dua. satu untuk qila n satu tuk zha.

haha ! seronok sangat dapat buat korang berdua tersenyum.
sorrylah qila sebab aku kena tipu ko.
aku bagi banyak alasan.
pasal kenapa aku nek moto len yg ada box.
pasa; nak lepak n etc.
semua tu tok menjayakan SUPRISE aku tu ha.

even aku tak dapat makan buah pun takpe.
asalkan kepentingan ko aku utamakan.
ahaks. ko pun taw aku poyo.
so, ko takyah lah nak ulang aku poyo.
daripada dulu aku memang GengSter Poyo....

kesian kat ko, aku tak jawab soalan ko sepenuhnya,
"kenapa aku buat ni semua untuk ko"
sebenonya, pertama :aku nak korang ada apa yang aku ada.
maksudnya, aku penah buat the same thing tok bagi dekat Amie.
so, aku nak ko pun ada benda tu.

kedua : aku nak ko gembira. suke dengan apa yang aku cube bagi dan buat.
ketiga : aku sayang ko. kalau dah sayang pasti akan sanggup buat apa saja.
asalkan orang tu gembira.

so, you think back. kalo betul ko kenal aku.
ko mesti taw kenapa aku buat ni semua.
aku pernah bagi taw ko pasal kepelikan aku.
daripada situ maybe ko leh kenal aku.

apa2 pun.. SAYA SUKE GILERRRRRR ~
don't forget this word " FOR YOU I WILL" !

 *END*

Thursday 23 June 2011

tak semua. . .

assalamualaikum....
topik kita pd kali ni adalah "TAK SEMUA"
apa yang tak semua tu?
>tak semua orang boleh dapat anugerah.
anugerah - melihat benda2 yang ada di alam ghaib.

memang tidak di nafikan ada orang semua dia dapat.
dia boleh lihat, dia boleh bau, dia boleh dengar, boleh rasa.
ada orang boleh tengok dengan mata hati.
ada orang pulak dia dapat aura je (mean dia leh taw benda tu dekat mane. tp dia xnmpk)
um, kalau dapat pakej tu semua, aku rasa memang sangat seronok.

1> kita boleh tolong orang.
2>kita boleh kawan dengan mereka.
3> kita boleh pergi alam ghaib.

bagi aku macam2 lah. 
sebab aku dengar banyak cerita pasal benda2 ni.
bagi aku kalau aku dapat tengok sendiri, 
i will make sure untuk tolong keluarga aku.

aku cerita macam ni pun bukan apa.
cuma jeles dengan sorang budak kecil yang mampu lihat, bercakap, 
mendengar apa yang kita tak dapat.
seronok kan?
bagi aku budak kecil lebih mudah tuk melihat benda2 ni..
sebab mereka masih suci.

kalau orang besar nak dapat tu semua kena banyak buat amalan.
selalu berzikir, berselawat, mengaji, baca yassin.
memang banyak dugaan masa kita buat amalan2 ni.
tapi bila kita dah start, insyallah kita nak lagi.

tapi yang paling penting, jangan lupa ada guru,,
kalau tak ada guru....
siap lah..
kalau nak pilih guru kena hati2.
takot salah langkah masuk longkang.
sekarang ni macam2 helah orang.
takot ilmu laen yang dia ajar.

lagi satu bila dah dapat anugerah jangan riak dengan orang.
tak elok. dengan sekelip mata je kita akan hilang semua tu.
dan takkan dapat balik.

okeyh !
itu je bebelan aku pada kali ni.. ahaks ~

*END*

Wednesday 15 June 2011

aku risaukan kamu ~

huwaaaa ~
aku dah jadi tak menentu kembali..
benci betul bila menda ni jadi.
mesti aku akan dok fikir aje.
kenapalah..

kenapa ko xnak bagi taw.
rahsia2..
aku nak tidur pun dah xtenteram.
bila pejam je mata.
jap lagi tesentap.
terbangun tidur.
sambung tido lagi..
kang bangun lagi..
alamak !

bila lah nak tamat.
ni kang jap lagi nak jumpa kau..
aku kenalah buat muka paling hebat.
seperti takde apa2 pun.

orang kata aku kan pelakon terhebat,.
cuma tak menang award aje.. haha..

oklah.
aku takkan paksa ko cakap.
kau simpan je sampai lebam.
yang penting,
kalo ko nak cerita.
aku akan dengar..
hehe..

serius! aku risau pasal kau...

*END*

Monday 13 June 2011

ISLU > i still loving you.

ehem. . .
tak abis2 dengan word.
reason aku masih sayangkan orang2 yang pernah hadir dalam hidup aku.

bukan senang untuk aku meluopakan.
butuh seumur hidup aku untuk melupakan mereka.
kerana sekali aku sayang, selamanya tetap sayang.

serius gila...
aku berani untuk menyatakan...

(bkn panggilan yang sebetulnya. mean ko n aku)
dia : eh, bila ko nak ambik lesen kereta ek?
aku : entahlah. aku belum sedia nak ambik.
dia : kenapa ?
aku : sebab aku taw yang aku ni kaki merayap. nanti abis aku bejalan saja.
dia : alah. cepat2 lah pegi ambik lesen.
aku : malas lah.
dia : pegilah. nanti dah ada lesen boleh ko bawa aku jalan2.
aku : ko nak ke ikut aku bejalan?
dia : kalau ko ajak aku ikut. tapi, ko sanggup ke bawa aku?
aku : mesti lah sanggup.
dia : kenapa sanggup..
..............................
kami berdua terdiam seketika.....

aku : ko nak taw kenapa aku sanggup?
dia : kenapa ?
aku : ummmmm............ (hati kata, aku tak patut cakap benda ni)
dia : cakaplah.
aku :( menguatkan diri ) ko nak taw sebab nya kenapa ? aku sebenarnya................
" AKU SAYANG KAU"

lalu aku pun pergi meninggalkan dia.
masa ni kami dalam toilet.
aku teman dia pegi toilet.
dalam tunggu turn tu kami bebual.
tak tesangka aku dia akan mendesak aku macam tu.
tapi serius gila berani aku buat benda tu.
haha ! 

bila kami balik pun kami text.
dia ucapkan terima kasih pada aku.
sebab buat hari dia ceria.
dia kata aku baik sangat.
aku pun tak tahu.
aku cuma boleh buat dia tersenyum je. 
sebab dulu aku penah buat dia kecewa.
i'm sorry bout that.
aku buat benda tu ada sebab.
kenapa aku lepaskan dia pun ada sebab.
tapi memang sangat bodoh aku lepaskan dia.

benda dah jadi. so, xpelahkan...
aku suka bila dia tanya, macam mana aku boleh ada energy spare..
maksud dia, even aku penat macam mana pun,
aku tetap nak buat dia tersenyum.

jawapanya simple,
aku buat semua tu atas dasar ikhlas.
cuma yang aku nak dia gembira bila aku dengan dia.
dah cukup untuk aku,
kerana aku hanya nak melihat dia tersenyum.
mendegar dia ketawa
dan melihat senyum yang dia ukir.

best sangat dapat spend time dengan kamu.
even kamu bukan milik saya lagi.
just only one thing...
aku akan tetap sayang kau.

cari je aku bila kau perlukan seseorang.
aku akan ada untuk kau.
=)

*END*

dari muar ---> melaka

assalamualaikum,,,,
ehem2...
sakit tokak pulak..
serius kali ni punya cerita panjang..
tapi aku akan pendek kan untuk senang di faham..

macam ni ceritanya...
cuti sem ni memang gila terbaik.
kerjanya, setiap hari merayap.
sampailah ke melaka kan..

keluar dengan the same person.
tapi apa yang aku kisah.
as long as aku masih ada masa untuk di luangkan.
aku akan buat.
tapi tulahkan,, kak long pesan.....
ko jangan asyik nak merayap je..
nanti akhir tahun habis lingkup periksa ko...

baik kak long!
saya baru menyedarinya sebelum kamu tegur..
saya tahu saya kena belajar betul2...
past is past..

ok ! back to the story...
minggu lepas  >
hari senin aku keluar dengan run.
dia ajak teman dia jmpe adik angkat dia.
then lepak wetex !

hari selasa >
ingat niat nak jumpa nadiekan.
cuz dia kata dia datang muo.
tapi tak kesampaian.
saya baru nak ukirkan hari awak dengan indah.
tapi xjadi. xpelah...

hari rabu aku tak ingat aku buat apa..
ttbe blank lak..

ini dia.... hari khamis.
hari di mana aku pergi tengok
"ABANG BESAR SUDAH KELUAR. WA INGAT LU SUDAH MAMPUS !"
cerita KL Gengster lah beb!

melaka ni lah yang paling best !
1> sebab aku nak spend time dengan kawan aku kan.
2> orang yang tak di jangka join pergi melaka.
3> banyak sangat snap gambar.
4> aku banyak meluah daripada menyimpan.
5> aku buat dua orang yang aku paling sayang gembira.
6> aku merajuk.


haha ! banyak weh terjadi pada masa ni.
dengan aku n the geng kena halau daripada bas sebab dia dah masuk kan orang len.
tiket bas kiteorang kul 7.
dia kata kiteorang lambat.
so kena balik kul 8.30.
bapak ah..

kali nie aku memang bengang lah kan.
tapi nak wat cam mana?
dah jadi.
so, run n na'a balik dulu.

tinggalah aku dengan qila dan zha.
haha !
time ni lah...
aku boleh terlepas cakap..
"eh qila. kau nak taw x? semakin lama, aku semakin sayang dekat kau.
aku tak taw kenapa. tapi aku dah sayang ko makin banyak"
haha ! qila leh jawab " so sweet "
qila : kalo ko nak taw, kawan ko ni memang sweet.. haha !

dah malas nak cerita -----> jom tengok gambar..
on the way ke melaka

here we come ! A famosa..

leh jadi cover magazine x?

both of you so sweet !
qila : patung dancing & jem : tugu negara.

alahai.. comeylnye mereka.

give me five !
rokecter.. haha

model kaki posing.

inilah kami. geng ikan.. betukar ! haha!
setakat itu saje cerita cik senget ni.
cuma nak habaq..
best sangat pergi melaka dengan korang. 
hehe..

 *END*






Sunday 12 June 2011

FRIEND . . .

hello . . .
peh2.. dah lama tak becerita dengan blog ni..
sebenonya banyak sangat benda yang terjadi pada hidup aku baru2 ni.
terasa macam sangat indah.
di mana pada masa ni aku masih ada kawan yang baik & etc...

aku nak cite pasal kawan aje kali ni.

aku semakin hari semakin rapat dengan dia.
aku tak tahu lah kenapa.
tapi aku rasa macam nak sangat berikan yang terbaik untuk dia.
even dia rasa dia dah banyak menyusahakan aku.
as long as you need me friend..
i'll be there for you..

aku pun tahu aku, aku ni tak lah sebaik mana kan?
mungkin aku penah sakitkan hati kau.
takde hal lah kan? 
kita dah share rasa hati kita dalam mesej.
dan time keluar sesame.

aku tak sangka aku boleh lepaskan kata2
"aku makin lama makin sayang dekat ko".
selalunya aku dengan kawan2, aku tak cakap macam tu.
dengan kau ada beza sikit lah.

aku betul2 sayangkan kau.
daripada sekolah aku selalu jadi drive ko kan?
hantar kau balik.
kau nak pegi mana2 aku hantarkan.
ko risau sangat sebab takut menyusahkan aku kan?
sebenarnya tak ada pun.
aku buat semua tu atas dasar kawan.
kawan yang baik akan buat apa je untuk kawan dia.
(aku pilih gak lah orang yang aku nak buat baik)

aku tak nak rosak kan pehubungan kita ya kawan.
cerita dulu adalah dulu.
sekarang aku dan kau dah sangat rapat.

aku harap kita akan kekal selamanya macam ni.
terima kasih sebab jadi kawan aku.
maaf kalau aku tak pernah nak ceritakan kenyataan yang sebenar pada kau
dan maaf sebab aku tak beri kau peluang untuk mengenali aku sedalam-dalamnya.

*END*

Wednesday 18 May 2011

suka awak yang sekarang !

kawan saya cakap "RUN".

Run : eh, aku sukalah tett tu sekarang.
Jem : ko suke asal?
Run : sekarang dia nampak lebih nice.
Jem : maksud ko?
Run : iyelah. masa kita jumpa dia, dia banyak diam.
Jem : a'ah. aku pun nampak dia macam sangat diam. 
Run : baguslah.
Jem : aku penah cakap dengan dia. kalo dia xnak aku tinggalkan dia lagi. dia kena berubah.
Run : berubah macam mana tu?
Jem : berubahlah. daripada mulut leser, cakap lepas gitu je. kepada dia yang pertama kali aku kenal.
Run : dulu aku tengok dia tak macam tu pun.
Jem : entahlah. maybe terpengaruh dengan orang yanag jaga dia sekarang. masa aku dulu elok saja. tapi aku tak kisah lah. dia bukan tanggungjawab aku lagi.

haha !
even kamu dah banyak diam.
ala2 sopan gitu.
saya suka.
so, xadalah saya nak kecik hati dengan kata2 kamu.
then tumbuk dinding macam orang bongek !

cerita dulu tu.
sekarang saya dah hebat.
tak maen tumbuk2.
tapi pendam buat pekasam.
haha !
tak pun campak word2 tu dekat london.
jaoh sikit.
tenang hidup aku.

hopefully sekembalinya diri ini,
dapat buat kamu tersenyum seperti dulu.
hopefully lah !

take care uk !
ISLU lah ! 
mean I STILL LOVING YOU!

*END*

suka lagu tu lah !

hehe..
terasa nak mengedik pulak.
hum,
entah lah kan....

semenjak dua menjak ni.
aku macam suka sangat dengar lagu yang dia bagi.
seriusly.
kalo orang bagi aku lagu apa2 pun.
kalo sedap, aku pasti layan dan layan..
sampai aku kena bebel dengan akak aku.
nanti dia mesti cakap,
"ko dah tak ada lagu lain ea?, tak habis2 lagu tu"
oppssssss !
sorry lah.

cara saya menghargai lagu memang macam tu.
pasti akan dengar sampai saya dah tak leh layan.

lagi pun someone special yang bagi.
so, apa ada hal untuk aku dengar sampai pengsan.

sebelum tidur dengar,
buka mata pun dengar,
ada masa free pun dengar.
pokoknya, setiap masalah weyh !
haha !

ok2,,,,,
jem.............
ko jangan mengharap yang banyak pada dia ok.
just cool2 saja..
insyallah semuanya ok..
ahaks !

*END*

Thursday 12 May 2011

setiap

setiap hembusan nafas yang aku hela.
setiap degupan jantung ku berdegup.
setiap mata ini terbuka.
satu saja yang aku ingin.

kembali pada waktu dulu.
di mana kita sama-sama
begurau senda.
tertawa dengan telatah masing-masing.
aku jadikan setiap hari kau berbeza.

aku ingin kau rasakan setiap apa yang aku berikan
adalah yang terbaik untuk dirimu.

ingin aku peluk erat dirimu.
tetapi aku tak bisa.
kerana engkau bukan milik aku lagi.

kita masih ada cinta di hati.
tapi kita sembunyikan.
kerana kita tidak mahu hati yang lain terluka.

sekarang aku kembali dalam hidup kau.
satu saja permintaan aku.
jangan kau hancurkan hati ni lagi.

*
*
*


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.

i know it's me who say good bye
and that the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.

for all the things i've done and said
for all the hurt i've caused of you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do.

*
*
*


tQ so much. sebab bagi lagu yang membuatkan diri ni ingin menagis.

(aku nagis macam ni kalo tersangat kecewa dengan perbuatan kau)

aku harap lirik lagu tu tulus daripada hati kau. jika benar kau tak boleh lupakan aku. buktikan.! jangan buatkan aku sekali lagi hampa dengan diri kau.

(aku akan meratapi sendiri bila hujan turun)

setiap kali kau ingat aku, pasti aku akan mimpikan kau. itu je dah buat aku tak keruan. aku tahu kau betul2 rindukan aku. tapi nak buat macam mana. kita xbekesempatan untuk bertentang mata.

dah lama aku maafkan kau. buka buku baru. pastikan cover buku tu warna pelangi. sebab saya suka pelangi. kalo xwarna pelangi, tak nak kawan dah ! hehe.

when you're the one who make me smile : suke lirik ni. (aku taw aku sorang je boleh buat kau senyum. xmasal je aku  ni)

now you know that i'm a girl that impossible to find and you wont leave to see another day. O_O
(maka, jangan biarkan aku pergi lagi daripada hidup kau.)

*END*

Wednesday 11 May 2011

hargai. . . . .

sunshine, rainbow, momel, comot, sweet, omel, impossible, nakal, etc.

banyak mana nama yang korang nak bagi pada aku, bagilah. aku tak kisah. selagi nama-nama yang korang bagi tu ada meaning dalam hidup korang.

orang cakap susah nak jumpa girl macam aku. 
but,,,
yang peliknya.
dah tahu susah @ sukar nak jumpa.
kenapa tak reti nak hargai aku?

bila aku datang dalam hidup seseorang,
memang dia akan rasa sangat-sangat berbeza.
sebab aku mencuba buat setiap orang yang aku kenal gembira.

tak kisah lah kalau dia kata aku gila.
memang, memang aku gila.
gila nak buat orang yang aku kenal @ sayang gembira.

aku tak kisah pehabis duit aku, masa aku, tidur aku,
pemikiran aku untuk dia,
asalkan aku dapat tengok dia tersenyum.

aku tak harapkan apa-apa pun daripada orang tu.
cuma bagi sedikit pengertian saja.
segalanya akan kembali normal.

jangan bangkitkan isu-isu yang buat aku tak suka.
jangan pernah cabar aku untuk putuskan hubungan.
jangan cabar kesabaran aku dan
jangan biarkan hati aku terluka yang amat.

memang, memang akan aku pergi dalam hidup kau.

sebelum nak cari pasal dengan aku, 
fikirkan lah dua tiga atau sejuta kali.
aku tahu penangan aku bila aku dah tak ada dalam hidup seseorang tu.

hargai aku selagi aku menghargai anda.
simple and easy. O_O

*END*

Wednesday 4 May 2011

sayang xsemestinya kena tunjuk.

hum....
semalamkan...
sebelum aku tidur..
aku terfikirkan semua orang yang pernah ada dalam hidup aku..

dannnnn.......
tiba2 terfikirkan bila orang cakap aku tak sayang dia...

pelik aku..
asal orang boleh cakap aku tak sayang dia ek?
maybe nampak macam aku endah tak endah dia kot.
sebab tu jadi macam ni..

i'm so sorry lah...
aku tak sempurna..
sometimes aku perlu sangat2 alone.
aku tak pandai nak tunjuk kan sayang aku.
cuma korang boleh nilai bila aku mula

1> ambik berat.
2> aku belikan sesuatu.
3> aku sudi spend time.
4> aku selalu buat korang ketawa.
5> aku sudi susah2 kan diri aku untuk korang.
6> aku selalu ada bila korang nak.
7> aku sudi dengar cerita2 korang.
8> aku cuba berikan terbaik.
9> aku mula tegur perangai korang.
10 > aku selalu fikirkan kehidupan korang.

itu semua adalah tanda aku sayang dekat seseorang.
so, kalau kau tak faham juga aku pun tak tau.

one more thing, maaf kalau aku suka lebihkan seseorang.
reason aku buat macam tu,

1> aku balas apa yang dia bagi.
kalau dia always ada dengan aku, takkan lah bila dia nak aku. aku biarkan dia terkontang kanting?
aku bukan kejam sangat. =)

2> dia pandai tarik perhatian aku.
ini sebab paling utama kalau aku lebihkan seseorang.. dia pandai ambil hati aku. pandai buat aku tertawa. and buat aku nak sentiasa ada dengan dia.

3> dia ada sesuatu yang orang lain tak ada atau tak dapat bagi.
kalau orang yan cakap aku tak sayang dia tu, dia patut fikir out of the box. sebab aku ni suka kan kelainan. dan bukan calang2 orang dapat tempat macam ni dalam hidup aku. so, orang tu kena fikir 5x ke hadapan untuk tawan hati aku.. tQ ~

i'm so sorry again. tak bermakna aku kurang berikan masa aku pada seseorang mean aku tak sayang dia. aku dah cuba bagi yang terbaik. just fikir apa yang aku dah bagi dekat kau selama ni. dah cukup untuk kau rasa bertapa sayang nya aku dekat kau.

kalau aku tak sayang kau seperti mana yang kau ungkapkan, dah lama aku humban kau dekat tempat perlupusan sampah dalam hati aku.

ketahuilah bahawa , hati ini terlalu besar. boleh muatkan berbillion orang. cuma setiap sorang berbeza penerimaan, layanan dan SPECIAL.. only me know. so, jngan pandai2 mentafsirkan aku sebegitu. aku tak marah, cuma kesal sikit. macam aku ni nothing......

apa2 pun fikirkan lah.. itu je permintaan aku.. terima kasih kepada orang yang pernah cakap aku tak sayang dia.... (sedikit sentap lak).. hehe.. tapi tak apalah.. maybe salah aku.. akak mintak maaf dekat kamu..

after u abis SPM, jom ar... spend time together..  hehe...
i'm sorry again and bye22....

Tuesday 3 May 2011

tak tidur lagi. . .

hum, 

still tak tidur lagi.
terasa malas gila nak attend class.
why?
don't know...
not in mood..

but now, aku sedang dok mengadap novel
daripada PINGU TOHA .
title L.U.V.E.

hum, seronok cerita dia.
aku tak boleh nak berhenti baca.

reason aku rasa lelaki dalam cerita ni 
sama dengan seseorang yang aku kenal.
HAHA ! rasa macam nak bagi dia baca.
tapi, dia minat ke nak baca?
apa2 pun, lantak lah..
mood tarak baik meyh.
sekarang pukul 3 a.m.
dan aku.....
masih melayan teman karib ku si encik lappy.

sayang lappy ni(walaupun bukan milik aku).
tQ lappy. because of you........
aku mampu berstory mory dengan kau.
dan kau masih layan aku dengan simpan harta karun aku ni kan.
cerita2 yang aku taip di blog mahu pun notepad.
ko masih simpan. hehe.. tq aw !

Monday 2 May 2011

i need a lot of thingssssss ~

hum....
first thing, akak aku nak laptop dia balik.
terasa nak mati.
hidup tanpa laptop nanti.

oh my ~
aku kena kumpul duit untuk beli new lappy.
but my dad asking me.
"berapa harga lappy?"
aku jawab dalam rm2000.

tapi petang tadi aku merayap sesorang.
aku ada nampak lappy acer 4 ram xsilap.
harga rm2299.
arrggg ! kena keje keras baru dapat.

i really need to work hard.
i can't imagine life without lappy.
dulu tak boleh hidup tanpa handphone.
now, i can't life and stand without lappy.

haha ! apesal tah.
sekarang lappy jadi teman karib aku.
if aku dapat new lappy..
i swear ! i will take care, more than myself.

second thing nak new handphone.
serius aku nak beli handphone dalam rm300.
but my mom not believe.

she said : muka kau nak hp murah.
manenye tu.
kang taw2 tambah duit sendiri nak beli hp mahal.
oh mom. 
now ur daughter very serious about that.

i know,,,
sekarang sangat susah nak cari duit.
aku dengan senangnye menghabiskan duit mak dan abah.
i'm so sorry.
i try to be a good daughter,
but i need a time.
i need someone to lead me.
don't ever push me.
because i hate that !

third thing DSLR !
huwaaaaa ~ 
semua aku nak.. 
bajet aku, dalam tahun ni aku dapat semua ni.
tapi boleh ke?
mak dan kak long cakap,
kalau aku rajin.
aku boleh dapat.

tulahkan, hidup aku pun sedang busy.
mengadap assignment.
lepas tu nak exam.
oh, tolong lah.
otak dah serabut dan stress gila2.

aku bajet nak nikon.
tengok nikon D3100 cam .....
ok ! 
but, entahlah..
pening kepala aku.

apa2 pun aku kena merajinkan diri untuk bekeje keras dengan family aku.
hanya itu saja jalan untuk aku dapatkan duit.
kalau macam kawan2 aku yang lain,
mereka tak perlu buat tu semua.
hanya mintak dan waiting.
but not 4 me.
i need to work and be independent.

itulah aku daripda dulu sampai sekarang.
daripda kecik dah start belajar erti MENIAGA.
korang ada?

ada baiknya kehidupan aku macam ni.
di mana aku selalu belajar sendiri tanpa banyak tanya.
orang kata kalau tak tanya sesat.
aku, ok je. 
mungkin aku adalah manusia yang belagak.
aku pun tak tau.
aku suka simpan apa yang aku pendam.

masa kecik dulu aku tak suka arwah abang aku.
(itu dulu saja. masa kecik)
serius, sebab mom and dad more focus on him.
and me, alone.
i hate that.
i always cry.
why i became like this?
other people happy with their parents.

so, aku hanya memilih berdiam daripada meluahkan.
aku simpan dan aku penah rasa nak bunuh diri.
because sometimes my sister play with my emotion.
she said that i'm *ANAK PUNGUT*
i hate that word too much !

aku alone....
dan korang suka2 buat aku macam tu.

semalam sorang akak aku cakap,
aku pengecut sebab tak nak jauh daripada mak dan abah.
ok ! aku jujur. 
mungkin aku tak mampu nak hidup tanpa mak dan abah.
but, kau tahu tak?
aku duduk sini, aku tak nak hanyut dengan dunia luar.
dunia yang penuh dengan setan2.
menghasut aku supaya berbuat jahat.
aku sedar kemampuan aku.
di sebab kan tu, aku tak nak duduk jauh.

(ok, BANYAK SANGAT PEKARA YANG AKU TAK BOLEH NAK UNGKAPKAN DENGAN KATA-KATA.

daripada kecik aku di ajar untuk memendam dan bukan meluahkan.
aku tak salah kan siapa2.
itu salah aku.
just let me,,,,,, become a gud silent. . . . . . .

Monday 25 April 2011

i'm sorry ~

hum, macam mana nih?
jahat sangat ke?
kejam sangat ea aku ni?
adoit.

memang dah niat nak bagi ko.
but, aku ni kurang suka dengan orang yang suke aaaaauuuuuu ~
ko pun penah cakap suruh aku belajo terima maki.
sorrylah, aku boleh terima.
cuma.........
apa2 jelah ~ 
malas nak cerita.

apa2 pun ko xdapatlah..
apa yang ko idamkan.
aku ingatkan nak bagi suprise untuk ko.
tapi, aku tak mampu.

*
*
*

*END*

Friday 22 April 2011

kena DenDa

today is was fairytale. (ttbe je). 
ni nak cite sikit.
hari ni, aku tak sado drpd tidur.

selalunye kalo aku tdo lambat,
mesti aku akan tersad0-sado daripada tidur.
but today, aku xsado pun.
aku nak bukak mata.

tapi, mata tak boleh buka.
sebab mimpi seseorang.
(itu aku xnk cite)

cite skarang ni,
akibat bangun lambat.
aku datang kelas kul 12.
gila bapak ar.

ikutkan macam xnk datang. 
tapi aku risaukan miss ely sedih kalo
geng2 budak yg selalu xdatang, xdatang.
selalu dalam kelas tu ada aku, zara, fairullah n kak siti.

siap2, terus wwwooommm ~
masuk kelas, 
miss cakap :awak kena denda.
sebab datang lambat.
awak kena ketuk ketampi.

aku dah macam : oh my ~
then miss said : tak pun awak kena nyanyi.
naufal cakap : nyanyi lagu maher zain.
for the rest of my life.

aku segan ko. 
but, mane boleh mengaku kalah.
i open my mouth and sing.
(voice aku yang terbaik punye aku bagi)
siap tujukan dekat miss "I'll be loving you, loving you"
miss tersenyum je.

so, approve.
miss suke.
aku dapat duduk.
hoyeh2.

aku taw kenapa miss suruh nyanyi. 
reasonye, aku selalu nyanyi dalam kelas dia.
(but slow2).
for today aku kena nyanyi live ko.
dah macam artis.
kak nam aje. haha !
apa2 pun, aku suke buat apa yang aku suka !
so, setakat nyanyi.
tak ada hal.
lagi2 kalo miss suruh.
kite kan geng((sejak bile lah pulak)).

<3 it *END*

Thursday 21 April 2011

kalau saya terima awak.

hum. . . . 
persoalan sekarang.
*KALAU SAYA TERIMA AWAK*

>boleh ke awak terima saya apa adanya?
>boleh ke awak memahami saya?
> boleh ke awak cuba jaga hati saya?
>boleh ke awak bertolak ansur dengan saya?
>boleh ke awak tak marah2 dekat saya?
>boleh ke awak jadi penasihat untuk saya?
>boleh ke awak ada bila saya nak?
>boleh ke awak selesaikan masalah dengan saya elok2?

*sy cuma nak relationship yg cool sje.
*kalau gaduh, jangan marah saya(mean maki)

*sy tak harapkan awak sempurna. tapi saya mengharapkan awak mencuba.

*mungkin ini terlalu awal. but i trust something from you.
*i don't know why.
*saya dapat rasa yang awak baik.
*saya harap awak betul2 baik.

*sebab, cinta saya bukan untuk di persendakan.
*kalau awak bagi kotmimen. 
*sy pun akan bagi. (sy akn balas apa yang org bagi)
*tak kisah lah, sejauh mana jarak antara kita.
*i will make sure to give the best for you.

*tQ sebab hadir dalam hidup saya.

*END*

Friday 15 April 2011

kenapa ni ~

hum. . . kenapalah dengan aku kan. semenjak dua menjak, 
tiga menjak dan bermenjak-menjak. 
asyik dok memikirkan dia. 

dahlah jem, benda tu tak kan mungkin terjadi. 
kalau terjadi pun,
 kau tahu nak handle kan?
 ko kan pakar dalam bab menjaga.

hati oh hati boleh tak awak berhenti merasakan sesuatu yang tak pasti. 
saya dah penat nak menyimpan. grr ~

*END*

Monday 11 April 2011

senang hati . . .

assalamualaikum semua(mcm rmai je bce).. haha ! um, saya ada cerita terbaru ni.. bukan gosip atau mengumpat.. ggrr ~

pada hari ini bermulalah sesi pembelajaran kawad kadet bomba.. oh my ~ kenapalah aku ni baik sangat.. adalah orang marah aku sebab berkecimpung lagi dalam bidang bantu membantu.. haha ! aku suka tolong orang. walaupun aku tau dia tak hargai.. gggrrrr ~

aku daripada cosmo terus pergi ke sek. haha ! aku lalu ikut jalan belakang. tak nak lalu depan. kekejam kan.. ingat nak ngelak daripada orang lain. alih2 ada lagi orang yang tak disangka.. ades ~

aku bawa moto dengan slow and cool.. zzzzzuuuuuuupppp ~.. aku pun hon. tiiiinnnn....tiiinnnn.. haha ! semua budak bomba tengok aku.. haha ! tertanya2 eh2.. spe tuh.. angkat je blazer, ada yang cakap... "ooohhhh... kakak nih.." and ada yang cakap " kak jem" ada lagi " jeamie".. haha ! kelakarlah.

first target mata aku adalah melihat budak kawad. tibe2 terdetect sorang budak(aku pnggil dia S(bkn nme sebnr) yang masih aku sayang. muka dia agak masam masa aku sampai. aku tak tahulah kenapa dengan dia.. tak suka aku ke? i know2.. aku bukan sapa2 untuk dia lagi.. grr ~ aku pun tukar topiklah.. cri budak yang leh borak2..

aku tak turun moto pun.. aku segan dengan S tu.. aku duduklah dekat moto sambil melukis.. wah2.. seronok lah.. kekonon berpura2.. lepas tu tacing dengah dayah.. haha ! kononya merajuk sebab dia kata kalo xnak join pergi balik.. ggrrr...

ok ! aku mula sesuaikan diri. mereka adalah puji memuji aku.. aku dah makin ayulah, apalah. layankan je.. seperti biasa aku tetap aku daripada dulu sampai sekarang. suka sangat bergurau.. aku tau mereka bosan nak kawad. jadi aku kena fikirkan idea2 untuk buat mereka chill ! nicelah kan..

si S asyik melihat aku. aku tak taulah apa yang dia rasa. but i really love you. forever n ever ! i'm sorry. mybe aku salah dulu untuk lepaskan dia. hati sangat panas. haha ! so, kau sangat2 cutelah budak. dah lama tak dengar suara manja kau bila aku maen2 kan kau. kau mesti akan cakap " AKAK NIH !" .. sweetnye awak adik..

apa2 pun saya gembira sebab dapat melihat kehebatan senyuman awak dan gelak ketawa. miss that voice.. ok ! esok saya  datang lagi. tidak mengharapkan apa2. cuma nak kau terseyum bila aku melawak.

ada song tok ko.. cipta sendiri ok !

WHEN I LOOK INTO YOUR EYE,
I SEE A MAGIC,
THE MAGIC THAT NOBODY KNOW,
UNTILL YOU CAME AND SHOW ME..

alah ! dah lupalah lagu aku ni.. apa ek sambunganya.. dah lupa..  hehe ~ to be countinue ea.. ggrrr ~ 

I LOVE YOU SO MUCH !

*END*

REJECT !

Assalamualaikum ~

ggrrr ~ saya tiba2 terasa nak update new entrylah. entah kenapa. um, apa yang reject ek? saya ada reject orang ke?

eh, tak adalah. beberapa hari ini saya berada dalam zon "BUDAK BAIK". baiklah sangat... hahaha.. ini cerita sebenonya..

cerita pasal ciri2 lelaki yang aku tak suka dan memang aku tak terimalah ! werrkk ~

1>mengurat menggunakan taktik kurang ajar
macam akukan ada perniagaan sendiri. mereka nak ngurat guna cara kurang ajar. dia fikir aku nak agaknya dengan dia kalo buat aku marah.

2>ada kawan berani
time ada kawan beranilah nak usik2 aku cakap tah pape. kalo kawan xada tak berani.

3>melawak menyakitkan hati
dalam satu2 perbualan kalau sikit je buat sakit hati aku ok lagi. kalo dah banyak kali memang ar !

4>tak reti menghormati
sesuka hati je nak pegang2 aku. memang aku sepak ar !

5>tak boleh di bawa berbincang.
lelaki macam ni lagi ar. xkan ku terima.. ggggrrr ~ buat sakit hati. nak ajak bincang2 pun tak boleh. apa jelah yang akan terjadi kepada relationship tu nanti.

tak semua manusia sempurna. aku tak mengharapkan kesempurnaan pada lelaki tu, cuma aku nak dia mencuba menjadi yang terbaik untuk aku. kalau dia boleh buat macam tu, aku pasti akan gandakan lebih, lebih terbaik untuk dia.

*END*

Sunday 10 April 2011

KALI PERTAMA !


assalamualaikum adik manis (untuk adik saja ok!).
di sini saya nak habaQ kepada adik manis yang berkaitan.
"INI ADALAH KALI PERTAMA GAMBAR ANDA DI LETAKAN DI BLOG SENGET"
saya buat sedemikian bukalah kerana kamoo asyik menyoal saya, 
bilalah gambar saya nak ada dekat blog awak?.

bukan di sebabkan itu yah !
saya letak gambar awak kerana saya sudah yakin sama awak.
yakin apa ek?

yakin yang saya sudah mula
  1. memahami awak.
  2. mempercayai awak.
  3. menyayangi awak(lebih daripada sebelum ni)
dulu saya tak letak gambar awak di sebabkan awak
berada dalam zon "JELOUS".
masa tu saya tak yakin hubungan kita macam mana.
saya tahu saya lebihkan si "A" tu.
but, you still have place in my heart.
hati saya sangat besar untuk letak awak lah.
hihihiihihihi..

apa2 pun kita dah 6 bulan 1 hari.
tak naklah gaduh2.
penat2. 
kita dah lah jauh.
belum pernah jumpa lagi.
so, how?
relationship jarak jauh memang mencabar.
(macam bercinta lak. haha)
so, chill ok !

ha ! nak bagi tau.
saya suka nama yang awak bagi untuk saya.
"MOMEL"
singkatan untuk gemok dengan comel kan?
kalau betulah. hehe..

korang berdua sama saja.
suka bagi nama panggilan dekat saya.
tapi yang hebatnya, korang ada "KIMIA".
reasonya, si "A" bagi name saya "OMEL".
bermaksud comel.
satu lagi kimia korang berdua kuat cemburu.
hahahahaha !
padahal saya tak lari kemana pun ~

 bila di fikirkan kembali kalian berdua sangat2
menghiburkan saya.
saya sangat2 seronok dapat jadi kakak angkat korang :)

*END*