Tuesday 6 September 2011

Masalah bukanlah sesuatu beban

Assalamualaikum.
Hello, Hai..
Fuh ! dah lama tak bercerita dan berceloteth dekat blog nie kan..
Ada juga yang tanya kenapa dah tak layan blog ni.
Sebenarnya bukan tak nak share cerita2 dekat blog.
Tapi apabila saya tulis apa yang saya rasa pada blog ni.
Benda tu buat saya ingat pada kesedihan, kepedihan, marah, geram, etc.
Jadi the best way untuk saya adalah dengan sibukan diri.

Sibukan diri dengan lari daripada masalah adalah berbeza.
Kadang2 orang salah faham benda tu.
macam ni lah.

Sibukan diri tu kita boleh anggap kita cuba membuka atau 
memberi ruang yang baru untuk kita menyelesaikan masalah
kita. berbanding kita larikan diri.
Manalah tahukan dalam kita sibuk2 kerja kita dapat cari penyelesaian untuk 
permasaalah kita.

Larikan diri tu pula kita boleh anggap sebagai satu cara yang membawa
kemusnahan kepada kita. Di mana kita tidak cuba membuka 
atau mencari jalan penyelesaian sebaliknya kita mencari
masalah yang baru.

Contoh : Kita gaduh dengan mak dan ayah. Kemudian kita melarikan diri daripada
rumah. Selepas itu kita terjerat atau terperangkap dalam perdagangan orang.
Masalah kita bertambah. Kita bertemu dengan orang yang konon-kononya mampu 
mengeluarkan kita daripada masalah itu. Tetapi akhirnya kita di paksa menjadi pelacur.
Jadi bukankah melarikan diri itu menjadikan masalah lebih rumit dan lebih besar?
Sebelum kita hendak buat sesuatu, fikirlah sejenak. Jangan ambil jalan yang nampak mudah tapi
sebenarnya memberi impak yang lebih bahaya.

****************

Sekarang satu je. Saya nak hidup dengan lebih bahagia. Jadi masalah kecil mahupun besar bukanlah sesuatu beban untuk saya. Sebaliknya masalah menjadikan saya MANUSIA YANG LEBIH UTUH.

Sunday 24 July 2011

Cik Senah Senget !

Assalamualaikum.
ehem !
Nama Saya Senah Senget .

Kenapa nama saya Senah Senget ek?
Ceritanya macam ni,
saya ni kan ambik kos Graphic Design.
So, saya kenalah mereka sesuatu.
Bila saya dah hasilkan kerja saya.
Saya pun pergi lah dok tunjuk dekat lecturer saya.
Bila dia tengok !
ha, ambik kau....

Dia cakap :
Kau ni apalah jem.
Saya baru suruh buat ni.
Dah nampak senget.
Ni kalau saya bagi awak bina bangunan.
Almaklum Bangunan tu runtuh
sebab awak bina senget.

*****

hum, 
Berpunca daripada kes tu lah..
aku cari dan cipta satu nama daripada senget tu.
Aku pun xtahu apa sal aku suka sangat dengan Senah tu.

Sampai membe aku cakap :
asal nama kau Senah ek?
kau curi nama Cik Nah ea? a.k.a HUSNA.

Aku just terdiam dan buat tak tahu.
Sebenarnya nama Senah tu memang abik daripada Husna.
Tapi di singkat kan.
Yang PALING PENTING !
Bukan Husna kawan aku tu.
Tapi Husna untuk seseorang yang pernah aku sayang dulu.

Seseorang yang aku jaje nama dia pada semua orang.
Bukan aku menuntut untuk menceritakn 
keburukan dia.
Tapi apa yang aku jaje adalah perihal yang baik2 tentang dia.
Jaje itu bukan untuk kepentingan dia.
Tapi untuk menguatkan ingatan aku terhadap dia.

Disebabkan itu Nama, Raut wajah, Perangai, 
Tingkah Laku, Suara n etc
Sentiasa ada menemani.
Walaupun aku hanya memeluk bayang dia.

Aku xnk ungkap kisah lama.
Sebab aku cuba untuk melupakan.
Tapi,,,
Ucapan@Kata2 yang pernah terlerai, 
tak mampu aku hapuskan.
Kerana Aku adalah manusia yang sentiasa mengingati 
kata2 yang terkesan dek hati lalu di simpan dan peram. 
sampai bila aku xpasti.

Selagi kau ingat aku,
Aku pasti akan ingat kau juga.
Sebab "Kimia" kita xpernah kurang.
(tapi masih ada beza)

Aku harap kau belajar elok2.
Cukuplah untuk aku sekadar melihat seseorang yang
hampir sama dengan kau (tapi berbeza)
hampir setiap hari.

Aku hanya melihat dia.
Tapi aku xpernah berikan apa yang pernah aku bagi dekat
kau pada dia.
Aku masih menjaga KUALITI specialnya kamu di hati ni.

*END*

Sensitif !

Aku seorang yang SENSITIF !
Ko taw tak benda tuh?
Aku rasa ko tak taw..
Sebab tu kau selalu bikin aku sentap !

Tapi rasa macam kau tahu aku kaki sentap.
Sape weh tak sentap dengan kata2 ko..
Aku ni daripada kecik memendam dan mendiam je.
Aku tak belajo untuk meluah.

Sebab tu agaknya bila orang bagi kata2 PEDAS.
Aku tak tahan.
Aku terbakar.
Sebab ada sejarah yang aku pendam dan diam kan 
dekat satu sudut.
Bila ia berulang kembali aku jadi macam tak keruan.
Aku mula nak meletup.
Tapi aku cuba untuk mendiamkan diri 
dan pergi cari keje untuk di buat.

Pertama sekali yang aku buat,
aku cari orang yang aku rapat untuk di ajak begurau.
Sedikit sebanyak ok sikit diri ni.

Tapi masih TERSEMAT kata2 pedas tu.
Aku tak taw macam mana mau bikin benda tu terpadam 
dan lenyap macam tu je.
aish, susah gak kalo jadi orang yang macam ni..

Aku cuma nak orang jaga hati aku macam aku jaga hati dia.
kau boleh ajak gurau dengan aku.
aku alu2 kan.
tapi ko jangan lah keluarkan kata2 pedas yang macam siot !
aku tak tahan !

Di sebabkan kata2 pedas tu aku jadi orang sensitif.
kadang2 orang nak gurau je dengan aku.
tapi aku take serius.
sorry dude !
aku daripada kecik memendam.
when i talk nobody listened.
i really disappointed and i love to be alone
without monitored.
*END*


Wednesday 20 July 2011

biarkan jauh asalkan aku dapat !

Assalamualaikum.
ehem !
Apalah yang jauh tuh ek?
Jauhnya perjalanan akan aku tempohi.
Asalkan aku dapat tengok kau !
Itu dah sangat cukup untuk aku . . .

*****
Hari ni adalah hari yang paling Hebatlah !
Senyum pun dah sampai telinga.
Sangat berpuas hati dengan tindak kan aku untuk pergi sejauh tuh..

Tempatnya tak adalah jauh mana..
Ke Bakri Batu 6.
Area Parit Zain.

Pergi sana dengan harapan dapat tengok Alya Amirah.
Fuh ! apa ke sewelnya jiwa ni.
tetibe nak rindu sama dia.
lepas tu sanggup uh nak pegi ke sana dengan harapan jumpa dia.

aku dah bajet dah xkn teserempak.
but,,,
My Heart Never Stop to Calling Her Name.

maybe tu yang buat aku dapat tengok dia & dengar suara dia.
she call : JEEEEEMMMMM !
(sambil melambai)

tibe2 teringat pulak,
masa awal2 kami kenal.
macam tu gak...
Manjanya dia ~

Apa2 pun saya sangat gembira !
Awak dah taw kan kenapa saya pergi Bakri tu.
Semata2 cari awak. 

Serius memang saya marah dengan awak hari tu.
Sebab awak tak layan saya.
Penat saya datang jejaoh sedangkan masa tu 
saya ada latihan untuk final drama BI sy.
Saya tangguh timing tu.
Sedangkan saya adalah Watak Utama.
Fikirlah.
Saya malas nak marah.
nanti tua..

Ok lah..
*END*

Tuesday 19 July 2011

can't let you go even if i die !

assalamualaikum.
ehem ! 
i can't let you go lah , even if i die.
reason :
i starting falling in love with you.

every single day you make me smile.
you show me who you are.
you apologize when you made a mistake.
you understand me more than mysefl.

but i'm always make someone hurt.
with my attitude and my word.
i know you love me.
me too.

i am always lucky to meet a good person.
who a willing to concede.
tQ so much.
&
i'm sorry if i did wrong.

Sunday 17 July 2011

Sekali Lagi


Assalamualaikum.
Nama saya Arman.
Saya ada penyakit Automatik.
Eh, salah..
Autistiklah..
hehehe..

hum,
Sekali Lagi tu tajuk cerita baru Sam+Lisa Surihani.
Orang kata cita tu tak best.
Tapi bagi aku seronok !

Banyak kali aku tengok dekat Astro First.
ahaha ! sementara ada.
Hari ni last day tayangan cite tu.

***********************

aku suka part bila Arman(sam) tinggalkan Sheila(lisa suruhani).
Sebabnya dia tak nak susahkan perempuan tu.
Arman ada tumor dekat otak.
Bila buat pembedahan hidup dia takkan normal lagi.
so, dia tinggalkan Sheila sebab dia tak nak susahkan Sheila.

***********

kalau aku pun. 
aku nak buat macam tu.
tak nak susahkan orang untuk jaga aku.
biarlah family aku yang jaga.
tapi xelok juga biarkan orang yang kita sayang tanpa bagi tahu 
alasan yang sepatutnya kenapa kita tinggalkan dia.
Orang kata Suka Duka Biar Bersama.

**************
Apa2 pun saya Peminat Sam, Lisa Surihani dan Mia Sarah !


Wednesday 6 July 2011

Saya Rindu Awak Tahu !

Assalamualaikum. 
ehem, ehem.
Keadaan yang tidak begitu baik.
Aku taip entry ni.

Boleh tak saya nak tumbuk dinding?
Dah lama tak tumbuk dinding.
Rindu rasanya..
Sebab dinding tu setia menemani saya.
Bila saya gembira, saya sedih.
Bunyi macam orang gila kan?

By the way aku tak gila.
Tapi kalau aku betul2 tak tertahan nak simpan rasa di hati.
Itulah yang akan aku buat.
Tapi serius dah lama xbuat benda "BODOH" tu.
Setakat menyakitkan diri je.

Betul-betul ni. 
Aku Rindu Sama Kamu.
Rindukan Alya Amirah Ahmad Nasaruddin. 

Aku datang sekolah hari tu.
Aku tunggu dia. 
Harapan tinggi.
Tapi target tak kesampaian.
Nak buat macam mana.
Saya pun balik.
Tapi serius bila balik.
Time malam aku terfikir dan menyesal sebab tak tunggu dia.

Entahlah.
Aku ni jahat sangat agaknya.
Aku layan dia tak baik kot dulu.
Dia kan jenis manja.
Aku pulak macam susah nak terima.
Tapi bila dah lama, aku rasa macam hidup aku hilang sesuatu.
Sesuatu yang dulunya selalu merengek.
Bila tak layan dia kecik hati.
Dan aku pun kena pujuk dia.

Aku pun ada buat perjanjian di mana aku tak nak kacau dia.
Sampai dia habis PMR.
Tapi dia tak rindu aku ke?
Entah lah LABU.

Hanya ALLAH je tahu.
Simpan buat pekasam ye jem.
SABAR itu SEPARUH daripada IMAN.

I always miss moment when there was you and me ^_^