Thursday 30 December 2010

bau itu mengingatkan aku

 30/12/2010.
aku pinjam le kamera kawan aku. SONY pnye.. sje nak try test power.. sebab nikon aku dah maen n cannon pun aku dah maen.. jadi, aku nak le rasa maen SONY.. haha ~ agak sengal n janggal aku men(men bhasa budak senget. patutnya menggunakan..)

aku mulakan operasi snap2 o shooting.. aku rasa cam sengal je.. aku baru lagi kot nak belajar setting kamera tu.. takpe2.. belajar dulu.. nanti dah pandai boleh cakap kat diri sendir " CAKAPLAH AWAK DAH PANDAI"..

tQ kepada encik BLUR kerana menjadi sifu saya pada petang tadi besama ENJERU.. aku tak sangak blur nk ikut p tanjung.. tapi aku sngat suke sebab dia ikut.. because aku mahu ilmu.. haha ~ belajar2.. walaupun aku tak try shoot, tp aku dengar every single thing yang dia cakap kan..

maybe next time aku try.. because need time to learn much more thing.. i'm just enjoy the moment with blur n enjeru.. tQ atas ilmu yang diberikan.. kalo ada lgi topup kat aku.. aku memang suke nak belajar,, hihi..

uke, berbalik kepada topik bau.. sebenarnya.. aku sngat2lah teringatkan bau tu.. tapi aku tak pasti bau siapa.. minyak wangi yang melekat pada barang2 kamera tu menusuk ke hidung aku apabila aku bawa dia join masuk bilik dengan aku.. aku cakap "pergh ! kuat gila baunya.. satu bilik aku dah bau tu(pada pukul 3.30 p.m)"..

aku masih cari dan cuba ingat bau siapakah pada kamera tu yang membuatkan aku nak sangat2 ingat dia.. aku cuba cool.. sampailah bila kau balik rumah dalam kul 8.30 p.m mase sedang on9 fb, aku tarik nafas dengan pelahan dan lembut.. tiba2 sesuatu bermaen d fikiran aku..

rupanya fikiran aku cuba untuk mencari memori itu kembali.. sikit,sikit dan sikit lagi.. dan aku dapat ! rupanya bau itu bau perfume ARWAH BOFIIEE akue.. serius, dah lama aku mencari bau ni.. akhirnya aku jumpa bau  tu..

apa yang terlintas di fikiran aku, aku memikirkan setiap detik di mana dia menghampiri aku.. dengan senyuman yang sangat tulus daripada hati tanpa meminta sedikit pun keringat.. bila dia dah hampiri, dia akan bercakap dengan nada yang sangat lembut dan setiap apa yang dia ucapkan adalah benda2 yang akan membuatkan aku tersenyum dan ketawa..

selama tiga bulan aku di berikan peluang untuk mengenali dia.. walaupun hanya selama 90 hari aku sempat mengenali dia, aku bersyukur alhamdulillah sebab aku dapat buat dia ada girlfriend yang nakal, ganas, romantik, otai, sempoi, n relek je(kata dia)..

lepas dia pergi aku nak sangat2 mintak sweater yang selalu dia pakai dan selalu aku sentuh bila jumpa dia.. sebab bau tu melekat kat sweater tu.. tapi, aku tak mampu buat.. setakat kalau aku ada sweater tu mungkin aku akan lebih meratapi kesedihan atas pemergian dia.. jadi, biarlah.. hanya aku dan ALLAH mengetahuinya..

(menjerit) awak, awak.. tunggu saya tau ! nanti dah tiba masa nya kita akan bersatu.. insyallah.. jangan lupa bila jumpa saya nanti berikan senyuman awak yang manis tu, sebab saya rindu nak tengok MCD sy senyum..
saya nak bagi tahu yang saya CINTAKAN awak.. tolong doakan saya untuk exam saya.. nanti bila ada masa saya ziarahi pusara awak.. =)

Wednesday 29 December 2010

3/12/2010

adeyh ~ exam dah dekat.. aku baca buku pun belum.. otak aku tak pergi mana2 je.. aku pun tak tao pergi mane.. niat nak baca buku ada.. tapi asyik menangguh je.. apa tah anak mahmood nie.. (jem2, sian your parent meyh ~) pergi baca buku sano !

awak, awak.. saya dah nak peksa ni wak.. boleh awak tolong doakan saya ? saya risau sangat ni.. saya risaukan  saya menggila time exam tu.. exam dah dekat.. awak pergi time esoknya saya peksa.. dan masa tuh saya sangat sedih atas pemergian awak.. tapi saya tak mampu nak buat apa.. jadi bersabar..

saya ingat lagi apa yang awak pesan.. awak suruh saya belajar betul2 kan.. saya akan buat itu untuk awak.. tapi mampu tak saya ? saya ingat lagi kata2 awak kat saya yang saya ni tabah.. jadi, pasti semuanya saya dapat lalukan tanpa awak..

saya akan cuba yerk wak.. exam lepas saya dapat B je.. nasib baek my dad tak komen lah, dapat B je ? pasti saya lagi2 sedih.. sebab saya cakap nak A masa tu.. tapi alhamdulillah sebab dapat B daripada dapat C kan..

keseluruhannya, segalanya terletak di tangan aku.. kalau aku pilih untuk sentiasa berduka maka akan gelap sentiap saat aku di muka bumi ini dan orang lain takkan dapat merasakan perangai aku yang nakal nie.. sebab aku dah tak macam aku..

aku mampu ubah kesedihan aku semua tu dengan menutupi segala kesdihan.. agar orang2 d sekeliling aku tak risaukan aku.. hey semua ! saya kuatlah.. dia pun cakap macm tu.. jadi, saya akan cuba untuk tak sedih tetapi saya akan pastikan saya ceria di luar dan dalam.. andai saya berduka biarlah.. ianya untuk seketika.. sebab saya perlukan masa untuk mengubat hati ini..

maaf kepada yang menantikan saya untuk jadi GF dia.. saya bukan tak nak anda sebab anda tak baik untuk saya.. tetapi saya belum sedia untuk berikan posisi BF kepda anda yang menanti.. jadi, biarkan saya single dan kita jadi kawan.. biarlah jadi kawan.. sebab ianya akan lebih kekal.. MAAF uke ~

di sini bermula ~

cerita pada kali ini pasal di mananya aku bermula berkecimpung dalam bidang ganas menganas..

sebenarnyanya semua ini bermula semenjak aku berumur 3 lagi.. aku ada abang.. tapi abang aku tak macam orang lain.. abang aku lemah bahagian kaki.. sebabnya dia lahir keluar kaki dulu.. jadi, doktor yang sengal tu main tarik2 kaki abang aku.. tu yang jadikan abang aku tak kuat nak jalan..

jadi aku sebagai adik yang baik(ceyhwah! puji diri sendiri) aku pun jaga ar abang aku.. aku jadi cikgu dia.. cikgu yang mengajar dia berjalah.. permulaan yang mencabar untuk aku.. abang aku tak boleh nak bangun.. tetapi aku dapat memikirkan 1 cara untuk buat abang aku mampu berjalan.. iaitu aku gadaikan belakang badan aku untuk dia tekan dan bangun.. mula2 tak jadi, tetapi beberapa kali cubaan.. dia mampu berdiri bahkan berjalan..

aku bersyukur.. start dia  dah boleh jalan aku sangat bangga.. sebab aku dapat tolong dia untuk berjalan.. walaupun dia jalan tak begitu kuat.. sekurang-kurangnya dia mampu berjalan..

bila dia dah boleh jalan, dalam umur dia 7 tahun.. ramai orang suka buli dia.. aku ni paling pantang orang usik abang atau ahli keluarga atau orang2 yang aku sayang.. memang nak menempah maut.. jadi, darpda situ aku mula belajar macam mana untuk jadi good protection.. aku belajar sendiri je daripada pengalaman dan orang2 di sekeliling aku..

bermula dengan kawan dengan anak sedara lelaki aku.. kat situ aku dapat point cara2 lelaki menjaga seseorang.. jadi, minat aku hanyalah kawan dengan lelaki.. perempuan2 nie semua aku tolak tepi.. kawan2 lelaki aku semuanya banyak membantu.. mereka tunjukkan cara macam mane aku mampu jadi kuat..itulah sebabnya aku jadi ganas.. AKU NAK LINDUNGI ABANG AKU.

aku hanya mampu jaga abang aku sampai dia tingkatan 3.. selepas tu dia pergi tinggalkan aku selamnya.. dan aku tak ada abang yang patut aku jaga.. sampaikan ada orang nak jadi abang aku, aku tolak setolaknya.. sebab abang saya adalah yang terbaik, walaupun dia tak jaga saya sebaliknya saya jaga dia..

tetapi semua tu berubah bila aku jumpa ABANG SHAH(john).. aku tengok dia macam sama je dengan abang aku.. suke sangat menyakat, cari pasal dengan aku dan yang pasti kaki mereka sama ! aku suke.. jadi start daripada aku kenal abg shah.. aku nak sangat dia jadi abg aku.. dan aku berjaya dapatkan dia ! haha !

saya nak cakap yang saya sayangkan abang shah saya ! dan saya suke name shah ! haha ~ tQ abg, slme kamu jadi abg saya.. saya rasa u are good brother ! yang pastinya kamu comeyl dengan style yg kaka suruh buat ! hihihi.. saya doakan semoga awak cepat kawin dan di restui ! =)

Monday 27 December 2010

6.30 a.m tak tdur lagi ~

pukul 6.30 a.m.
aku masih lagi tak tidur..
aku sedang menyiapkan kerja MISS ZAHRUL.
cepat siap, cepat tunjuk, cepat adjust n cepat ar keje aku siap..

apa yang aku kena buat ?
1>buat poster wayang
*tapi cerita ikut suke kita reka. (aku bab2 suke hati nie no 1..)
2>kena buat cover majalah
(hentam juga)

aku dapat siapkan menda2 nie gara2
ALYA AMIRAH.
kalo x, aku tak buat n xde idea juga selaen idea aku
yg sebelum nie..
sume idea tu hampeh.. adeyh ~

cotcat2 nan amie kt fb smpai 3.30 a.m.
pastu kena bebel suo tdur..
aku biase ar..
nakal.. tak nak ar tdur..
aku siapkan kerja nie.. 
dengan diri yg dh serot, serit smpai terserit..
selsema+batuk..
redho jelah..
nak tdur mata tak nantok..

inilah hasilnya..
haha ~ 
hope2, ueke je lah esok !
doakan saye !


Sunday 26 December 2010

aku ciptakan keindahan untuk setiap detik kita bersama

inilah cerita kami untuk 26/12/2010
di mana aku dan adik yang manis nie
berjumpa..

banyak benda yang aku kongsikan dengan dia..
seperti tajuk post kali nielah..
'AKU CIPTAKAN KEINDAHAN UNTUK SETIAP DETIK KITA BERSAMA'
aku memang suke cipta keindahan bila jumpa orang..
supaya orang akan ingat..
baru COOLL !
ni pic yg smpt kami ambik, n smpat aku msuk kn dlm blog nie..
sbnrnya bnyk..
al maklomlah, smpai 2,3,4 orng yg jdi juru kamera tak bebayar..
HAHAHA ~

 
snap by : run
at : wetex
dua org dak gila..
idea : amie
pengikut : jem
melayan n snap : run
at : tingkat 4 wetex.
reason : budak kecik ni nak g toilet.
kami tunjuk MISS RUN 
yg sedng snap pic kami..
aku nak betulkan tudung pun nak snap gak.
saya gembira , dak kecik tu muka seyiz..
(ke control comel)
baru memulakan operasi merayap.
aku pukul budak nie..
padan muke dia..
dush ! (muka dak ue xleh blah)
sorang tengok cermin,
sorang lagi jadi nenek AMIE.
tu ad muke budak geram dengan kaka dia
takot aku !
curi2 msej dengan adik2 lain..
2 yang fone kena check ue..
haha
(gurau k, xde mknenye na msj yg len..
kalo depan mata dah ad yg terindah)

semalam sangat seronok.. sebab :
  1. jumpa dia
  2. buli dia
  3. luangkan masa
  4. buat perangai tah pape
  5. snap pic same2
  6. aku jadi jurugambar dia
  7. jalan sama2
  8. karok same
  9. talking2
  10. gelak2.

seriusly hari semalam dapat gantikan hari2 kami yang suka bertekak dulu.. dia lah yang suka cari gado, bak kata encik ADIF (bf amie) kejam.. haha ~

aku ingatkan semalam mau buat plan jahat dekat dia nie.. plan jahat yg sweet ar.. tapi kesian pulak.. tak smpai aty , jiwa dan raga .. yerk ar, plan nak luangkan masa.. alih2 aku buat sampai detik menitiskan airmata..

semalam dia ada tnya gak, pas abs study kat sini aku nak pindah keluar drpda muar ke ? jawabpan aku seperti biase ar.. maen2 kan dia.. sampai aku nmpak mata dia dah merah dan nak nages.. tp kawan dia lak spoil ! potong line.. kalo x, seriusly dapat tengok dia nages.. hihi..

uke jawabpan sebenar untuk soalan dia tu, aku akan fikir2kan dulu.. kalau aku terpaksa pergi keluar drpd muar nie, aku pergi.. tapi, kalo aku tengok dia masih lagi macam budak2 aku rasa tak kan tinggalkan dia sampai dia abis SPM..

next year kau dah nak PMR.. sekarang nie pun kau cam kebudak-budakkan.. tak pelah.. redho je.. asal kau pandai jaga diri.. aku tak kisah kalau kau jadi budak2... just be who u are !

komen aku pasal kau :

  1. kau dah banyak berubah
  2. kau dah mula memahami 
  3. kau dah mula menerima
  4. kau dah mula bertolak ansur
  5. kau dah mula tunjukkan sayang kau
  6. kau dah mula berikan komitmen kepada relationship nie
  7. kau dah mula berfikir perasaan orang
  8. kau dah mula dengar cakap

jadi, hari telah di selamtkan oleh ALYA AMIRAH.. terima kasih yerk sebab sudi datang untuk jumpa saya yang comot nie.. HAHA ~

Friday 24 December 2010

menerima kau pergi

(buat assgnment busness smbil dngr lagu ni)
(airmata mula berderai sedikit, tetapi aku dapat menahan)

 ku punya rasa tak terungkapkan
hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
berat menerima kau pergi
tanpa alasan juga kau buat aku bertanya
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
beribu senandung yang kunyanyikan
pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
kata termanis hanya untuk dia
kekasih sepanjang hidup
ku masih merindukannya

reff:
apakah ku amat berarti di mata engkau
telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri

beribu senandung yang kunyanyikan
pelipur lara dahaganya sukaku
kata termanis hanya untuk kekasihku
ku masih merindukannya

repeat reff

namun kau hilang dan takkan kembali juga
merasa sepi, aku sendiri

setiap kali aku dengar lagu ni, aku akan teringatkan dia(meaning lagu ni tak ada kaitan sangan dengan cerita aku).. besar sangat ker pengertian aku terhadap si dia ? sampaikan aku tak mampu untuk memberi peluang kepada yang lain untuk memiliki diri ini.. mungkin masih baru lagi.. 

aku dapat assignment drawing abstract di mana aku kena tunjukkan siapa diri aku yang sebenar.. kalaulah assignment nie di beri masa dia ada, semestinya keceriaan yang akan aku tunjunkkan.. 

tapi sekarang dia tak ada.. yang aku tahu diri aku sekarang hanyalah banyak menyembunyikan kedukaan yang aku alami.. sampaikan orang menyatakan yang aku ni hebat dalam menyembunyikan kesedihan tetapi aku berikan keceriaan kepada orang, sedangkan dalam hati aku, aku sedih..

sebelum assgnment abstract nie aku kena buat gambar potret.. aku PERNAH memberikan janji kepada si dia yang aku akan lukis gambar dia bila aku dapat assgnment tu.. sudah berjuta kali aku pikir.. aku nak ke lukis gambar dia .. seandainya aku lukis pasti aku akan sedih..

(saya takkan pernah berhenti sedekahkan al-fatiha untuk awak.. sampailah saya menutup mata seperti awak)

Monday 20 December 2010

kadang2 aku sedih.. tapi aku masih senyum.. aku kat rumah lain, aku kat sekolah lain dan aku kat kolej pun lain.. semua aku sorokkan sedalam2nya.. apa yang akan aku tunjuk, aku senyum..

padahal dalam hati aku penuh dan penuh dengan kedukaan.. kecik hati aku lagilah banyak.. tapi aku sabar je kan.. aku tak nak gaduh.. aku banyak lagi benda nak uruskan.. aku kena lindungi kau.. jadi aku tak nak kita gaduh sebelum kau selesai bernikah..

yang aku sedih sangat2 kau tak pernah nak faham aku.. kenapa mesti kau ucapkan semua kata2 yang menusuk dan tertusuk ? ada masa kau jadi kawan aku, ada masa kau jadi peneman aku, tapi kenapa ? bila kita gembira PASTI kita akan gaduh..

banyak kali aku menagis sebab kata2 kau.. aku cuba jadi lebih baik.. tapi, apa yang kau nampak ? kau tak nampak apa2 perubahan pada aku kan ? aku rasa di mata kau memang aku ni pemalaskan ? tak boleh harapkan ? tak guna ? bodoh ?..

di sebabkan kita ada ikatan aku tak nak kurang ajar dengan kau.. selagi aku boleh sabar, aku sabar.. mungkin dugaan untuk aku.. dan itu kelemahan aku..

aku dah cuba padam semua ucapan2 kau pada aku.. aku dah tak nak ingat.. tapi, kau ucapkan lagi perkataan tu.. DAHLAH, AKU BUKAN PENDENDAM..

aku akan cuba lupakan dan maafkan.. andai kau ucapkan lagi dan lagi akan aku maafkan.. sebab aku tahu kau dan aku tak sempurna !

Sunday 19 December 2010

aku tak ingin kau menagis bersedih.
sudahi airmata darimu..
yang aku ingin erti hadir diriku
kan menghapus dukamu sayang.
karna bagiku kau kehormatanku..

ANNUAL DINNER 

semalam aku tak enjoy mana pun. aku sibuk. makan pun laju2. aku sempat menggila time belum start dinner. aku tak sempat enjoy dengan member2. banyak kerje kena buat. fuh ~ nasib baik dah abis.. tak pening pale lagi. tapi, drawing aku tak siap. esok nak hantar. mati aku cam nie.

dalam sibuk2 2, aku masih ingat kekasih hati aku. tapi aku dah tak nagis dan bersedih. aku pun tahu dia tak nak tengok aku sedih. cuma aku ingin dia ada dengan aku masa gentir macam 2. aku asyik balik malam je sebelum dinner 2. kalau lah dia ada, aku bagi tahu dia anytime je.. pasti dia akan datang jemput aku dan teman aku sampai rumah.. 

sudah pasti dia akan cakap 'kesian awak kan.. buat kerja banyak2.. pastu awak mesej saya lagi, layan saya.. kesian awak.. nanti jangan lupa tidur awal tahu..'.. bestnya kalau awak ada lagi.. pasti kita akan ketawa banyak2.. awak pasti akan buat saya senyum sampai sakit pipi saya nie.. 

semalam aku pakai baju laen cikitlah... orang tanya 'nape kau pakai biase je ?' aku jawab 'nak wat pe pakai lawa2.. bofiee pun tak ada.. sempoi sudah'.. maknanya kat situ, kalau awak ada saya akan pakai something yang sangat berbeza daripada apa yang awak cadangkan.. 
macam time KPO 2.. saya pakai kasut gegurl.. tu first time saya pakai.. sebab saya nak awak tengok saya pakai kasut tu.. yang PASTI ayat yang akan awak cakap ' awak comel '.. haha.. suka saya dengar.. sebab tu ikhlas daripada awak.. saya dapat rasakan..
 
fuh ~ saya harap kalau saya ada ;CINTA' yang baru, saya masih tetap sayang awak dan awak akan tetap ada dalam  hati..

Friday 3 December 2010

kenapa ?

aku tak tahulah.. aku rasa macam sangat2 kecik hati tiba2.. entah apa kes agaknya.. aku rasa cam xguna memberi kegembiraan bersama dengan orang yang tak reti hargai.. 

orang pulak kata : beri selagi mampu beri.. memanglah.. aku dah bagi sehabis boleh.. tapi rasa macam menyirap.. 

aku malas nak komen banyak2.. aku malas nak tunjuk kan diri aku macam mana dekat orang.. aku dah tak larat dah.. 

aku just nak enjoy dengan korang.. manelah tao, aku mati dulu.. itu jelah yang aku boleh buat dengan korang..

kenangan2 tulah yang akan buat korang ingat dekat aku dan maybe korang akan rindukan aku..

(sayu je hati ni tiba2..  maaf uke)

 today aku memang tak ada mood.. tapi aku masih mencuba untuk hadirkan mood tu untuk lihat korang senyum bila aku jadi nakal . . . . . . . . . . . . . 


*END*

Wednesday 1 December 2010

it's hurt

aku tak tahu.. kenapa sampai sekarang aku masih tetap sayang dia.. even dia dah patut untuk aku ketepikan.. tapi, aku masih sayang dia.. kata orang, kalau dah sayang tetap akan sayang..

aku patut membiarkan masa membuat tugas dia.. tak lama kemudian pasti segalanya akan seperti biasa.. aku  masih mampu bertahan untuk hadapi semua ni.. biarkanlah..

hati aku dah banyak pulih.. otak aku dah cuba untuk ketepikan kisah2 dia.. cuma aku tak mampu untuk buat macam apa yang dia buat kat aku,, mungkin aku bukan macam dia.. jadi aku tak mampu untuk lakukan semua tu..

bila aku dah cuba lupakan dia.. PASTI dia akan kembali dalam hidup aku.. penat tahu ? PASTI dia akan bagi mesej yang dia rindu aku, mengimbau kembali kisah2 kami.. untuk apa ? aku ambik masa yang lame untuk pulihkan hati aku.. 

kau senang2 je imbas kembali.. dan buat aku bertambah sakit.. teringat semua apa yang telah kau buat pada aku.. cukuplah sekali.. jangan di tambah luka yang dah sembuh.. fuh ~

orang kata : kenapalah dia akan cari kau.. dulu time kau dengan dia.. dia wat xtahu.. dia lukakan kau dengan kata2 dia.. dia lebih kan orang lain daripada kau.. sekarang dia datang balik dalam hidup kau.. kenapa ? tak puas ke dia sakit kan hati kau?

(aku dah penah nak cuba, tapi tak boleh) aku tak mampu nak jawab.. aku tak mampu untuk benci dia.. aku tak mampu hina dia.. aku tak mampu maki dia.. dan aku tak mampu buat macam apa yang dia buat pada aku dulu..

sekarang aku masih lagi memberi seperti dulu.. tapi, tak kan sehebat masa dia milik aku.. 

untuk :
*kekasih gelap*
ALREADY GONE !!

penampilan baru tenggiling ~



inilah hasil tenggiling aku(kata abg rash)
selepas kemalangan tu..
dady kasi betul baik punye..
so, kenalah jaga elok2..
berkata kpda diri sendiri :
jangan bawa moto laju2..
bak kata kawan aku (arai) :
tak ada guna nye bawa moto laju2..

*TAMAT*