Wednesday 18 May 2011

suka awak yang sekarang !

kawan saya cakap "RUN".

Run : eh, aku sukalah tett tu sekarang.
Jem : ko suke asal?
Run : sekarang dia nampak lebih nice.
Jem : maksud ko?
Run : iyelah. masa kita jumpa dia, dia banyak diam.
Jem : a'ah. aku pun nampak dia macam sangat diam. 
Run : baguslah.
Jem : aku penah cakap dengan dia. kalo dia xnak aku tinggalkan dia lagi. dia kena berubah.
Run : berubah macam mana tu?
Jem : berubahlah. daripada mulut leser, cakap lepas gitu je. kepada dia yang pertama kali aku kenal.
Run : dulu aku tengok dia tak macam tu pun.
Jem : entahlah. maybe terpengaruh dengan orang yanag jaga dia sekarang. masa aku dulu elok saja. tapi aku tak kisah lah. dia bukan tanggungjawab aku lagi.

haha !
even kamu dah banyak diam.
ala2 sopan gitu.
saya suka.
so, xadalah saya nak kecik hati dengan kata2 kamu.
then tumbuk dinding macam orang bongek !

cerita dulu tu.
sekarang saya dah hebat.
tak maen tumbuk2.
tapi pendam buat pekasam.
haha !
tak pun campak word2 tu dekat london.
jaoh sikit.
tenang hidup aku.

hopefully sekembalinya diri ini,
dapat buat kamu tersenyum seperti dulu.
hopefully lah !

take care uk !
ISLU lah ! 
mean I STILL LOVING YOU!

*END*

suka lagu tu lah !

hehe..
terasa nak mengedik pulak.
hum,
entah lah kan....

semenjak dua menjak ni.
aku macam suka sangat dengar lagu yang dia bagi.
seriusly.
kalo orang bagi aku lagu apa2 pun.
kalo sedap, aku pasti layan dan layan..
sampai aku kena bebel dengan akak aku.
nanti dia mesti cakap,
"ko dah tak ada lagu lain ea?, tak habis2 lagu tu"
oppssssss !
sorry lah.

cara saya menghargai lagu memang macam tu.
pasti akan dengar sampai saya dah tak leh layan.

lagi pun someone special yang bagi.
so, apa ada hal untuk aku dengar sampai pengsan.

sebelum tidur dengar,
buka mata pun dengar,
ada masa free pun dengar.
pokoknya, setiap masalah weyh !
haha !

ok2,,,,,
jem.............
ko jangan mengharap yang banyak pada dia ok.
just cool2 saja..
insyallah semuanya ok..
ahaks !

*END*

Thursday 12 May 2011

setiap

setiap hembusan nafas yang aku hela.
setiap degupan jantung ku berdegup.
setiap mata ini terbuka.
satu saja yang aku ingin.

kembali pada waktu dulu.
di mana kita sama-sama
begurau senda.
tertawa dengan telatah masing-masing.
aku jadikan setiap hari kau berbeza.

aku ingin kau rasakan setiap apa yang aku berikan
adalah yang terbaik untuk dirimu.

ingin aku peluk erat dirimu.
tetapi aku tak bisa.
kerana engkau bukan milik aku lagi.

kita masih ada cinta di hati.
tapi kita sembunyikan.
kerana kita tidak mahu hati yang lain terluka.

sekarang aku kembali dalam hidup kau.
satu saja permintaan aku.
jangan kau hancurkan hati ni lagi.

*
*
*


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.

i know it's me who say good bye
and that the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.

for all the things i've done and said
for all the hurt i've caused of you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do.

*
*
*


tQ so much. sebab bagi lagu yang membuatkan diri ni ingin menagis.

(aku nagis macam ni kalo tersangat kecewa dengan perbuatan kau)

aku harap lirik lagu tu tulus daripada hati kau. jika benar kau tak boleh lupakan aku. buktikan.! jangan buatkan aku sekali lagi hampa dengan diri kau.

(aku akan meratapi sendiri bila hujan turun)

setiap kali kau ingat aku, pasti aku akan mimpikan kau. itu je dah buat aku tak keruan. aku tahu kau betul2 rindukan aku. tapi nak buat macam mana. kita xbekesempatan untuk bertentang mata.

dah lama aku maafkan kau. buka buku baru. pastikan cover buku tu warna pelangi. sebab saya suka pelangi. kalo xwarna pelangi, tak nak kawan dah ! hehe.

when you're the one who make me smile : suke lirik ni. (aku taw aku sorang je boleh buat kau senyum. xmasal je aku  ni)

now you know that i'm a girl that impossible to find and you wont leave to see another day. O_O
(maka, jangan biarkan aku pergi lagi daripada hidup kau.)

*END*

Wednesday 11 May 2011

hargai. . . . .

sunshine, rainbow, momel, comot, sweet, omel, impossible, nakal, etc.

banyak mana nama yang korang nak bagi pada aku, bagilah. aku tak kisah. selagi nama-nama yang korang bagi tu ada meaning dalam hidup korang.

orang cakap susah nak jumpa girl macam aku. 
but,,,
yang peliknya.
dah tahu susah @ sukar nak jumpa.
kenapa tak reti nak hargai aku?

bila aku datang dalam hidup seseorang,
memang dia akan rasa sangat-sangat berbeza.
sebab aku mencuba buat setiap orang yang aku kenal gembira.

tak kisah lah kalau dia kata aku gila.
memang, memang aku gila.
gila nak buat orang yang aku kenal @ sayang gembira.

aku tak kisah pehabis duit aku, masa aku, tidur aku,
pemikiran aku untuk dia,
asalkan aku dapat tengok dia tersenyum.

aku tak harapkan apa-apa pun daripada orang tu.
cuma bagi sedikit pengertian saja.
segalanya akan kembali normal.

jangan bangkitkan isu-isu yang buat aku tak suka.
jangan pernah cabar aku untuk putuskan hubungan.
jangan cabar kesabaran aku dan
jangan biarkan hati aku terluka yang amat.

memang, memang akan aku pergi dalam hidup kau.

sebelum nak cari pasal dengan aku, 
fikirkan lah dua tiga atau sejuta kali.
aku tahu penangan aku bila aku dah tak ada dalam hidup seseorang tu.

hargai aku selagi aku menghargai anda.
simple and easy. O_O

*END*

Wednesday 4 May 2011

sayang xsemestinya kena tunjuk.

hum....
semalamkan...
sebelum aku tidur..
aku terfikirkan semua orang yang pernah ada dalam hidup aku..

dannnnn.......
tiba2 terfikirkan bila orang cakap aku tak sayang dia...

pelik aku..
asal orang boleh cakap aku tak sayang dia ek?
maybe nampak macam aku endah tak endah dia kot.
sebab tu jadi macam ni..

i'm so sorry lah...
aku tak sempurna..
sometimes aku perlu sangat2 alone.
aku tak pandai nak tunjuk kan sayang aku.
cuma korang boleh nilai bila aku mula

1> ambik berat.
2> aku belikan sesuatu.
3> aku sudi spend time.
4> aku selalu buat korang ketawa.
5> aku sudi susah2 kan diri aku untuk korang.
6> aku selalu ada bila korang nak.
7> aku sudi dengar cerita2 korang.
8> aku cuba berikan terbaik.
9> aku mula tegur perangai korang.
10 > aku selalu fikirkan kehidupan korang.

itu semua adalah tanda aku sayang dekat seseorang.
so, kalau kau tak faham juga aku pun tak tau.

one more thing, maaf kalau aku suka lebihkan seseorang.
reason aku buat macam tu,

1> aku balas apa yang dia bagi.
kalau dia always ada dengan aku, takkan lah bila dia nak aku. aku biarkan dia terkontang kanting?
aku bukan kejam sangat. =)

2> dia pandai tarik perhatian aku.
ini sebab paling utama kalau aku lebihkan seseorang.. dia pandai ambil hati aku. pandai buat aku tertawa. and buat aku nak sentiasa ada dengan dia.

3> dia ada sesuatu yang orang lain tak ada atau tak dapat bagi.
kalau orang yan cakap aku tak sayang dia tu, dia patut fikir out of the box. sebab aku ni suka kan kelainan. dan bukan calang2 orang dapat tempat macam ni dalam hidup aku. so, orang tu kena fikir 5x ke hadapan untuk tawan hati aku.. tQ ~

i'm so sorry again. tak bermakna aku kurang berikan masa aku pada seseorang mean aku tak sayang dia. aku dah cuba bagi yang terbaik. just fikir apa yang aku dah bagi dekat kau selama ni. dah cukup untuk kau rasa bertapa sayang nya aku dekat kau.

kalau aku tak sayang kau seperti mana yang kau ungkapkan, dah lama aku humban kau dekat tempat perlupusan sampah dalam hati aku.

ketahuilah bahawa , hati ini terlalu besar. boleh muatkan berbillion orang. cuma setiap sorang berbeza penerimaan, layanan dan SPECIAL.. only me know. so, jngan pandai2 mentafsirkan aku sebegitu. aku tak marah, cuma kesal sikit. macam aku ni nothing......

apa2 pun fikirkan lah.. itu je permintaan aku.. terima kasih kepada orang yang pernah cakap aku tak sayang dia.... (sedikit sentap lak).. hehe.. tapi tak apalah.. maybe salah aku.. akak mintak maaf dekat kamu..

after u abis SPM, jom ar... spend time together..  hehe...
i'm sorry again and bye22....

Tuesday 3 May 2011

tak tidur lagi. . .

hum, 

still tak tidur lagi.
terasa malas gila nak attend class.
why?
don't know...
not in mood..

but now, aku sedang dok mengadap novel
daripada PINGU TOHA .
title L.U.V.E.

hum, seronok cerita dia.
aku tak boleh nak berhenti baca.

reason aku rasa lelaki dalam cerita ni 
sama dengan seseorang yang aku kenal.
HAHA ! rasa macam nak bagi dia baca.
tapi, dia minat ke nak baca?
apa2 pun, lantak lah..
mood tarak baik meyh.
sekarang pukul 3 a.m.
dan aku.....
masih melayan teman karib ku si encik lappy.

sayang lappy ni(walaupun bukan milik aku).
tQ lappy. because of you........
aku mampu berstory mory dengan kau.
dan kau masih layan aku dengan simpan harta karun aku ni kan.
cerita2 yang aku taip di blog mahu pun notepad.
ko masih simpan. hehe.. tq aw !

Monday 2 May 2011

i need a lot of thingssssss ~

hum....
first thing, akak aku nak laptop dia balik.
terasa nak mati.
hidup tanpa laptop nanti.

oh my ~
aku kena kumpul duit untuk beli new lappy.
but my dad asking me.
"berapa harga lappy?"
aku jawab dalam rm2000.

tapi petang tadi aku merayap sesorang.
aku ada nampak lappy acer 4 ram xsilap.
harga rm2299.
arrggg ! kena keje keras baru dapat.

i really need to work hard.
i can't imagine life without lappy.
dulu tak boleh hidup tanpa handphone.
now, i can't life and stand without lappy.

haha ! apesal tah.
sekarang lappy jadi teman karib aku.
if aku dapat new lappy..
i swear ! i will take care, more than myself.

second thing nak new handphone.
serius aku nak beli handphone dalam rm300.
but my mom not believe.

she said : muka kau nak hp murah.
manenye tu.
kang taw2 tambah duit sendiri nak beli hp mahal.
oh mom. 
now ur daughter very serious about that.

i know,,,
sekarang sangat susah nak cari duit.
aku dengan senangnye menghabiskan duit mak dan abah.
i'm so sorry.
i try to be a good daughter,
but i need a time.
i need someone to lead me.
don't ever push me.
because i hate that !

third thing DSLR !
huwaaaaa ~ 
semua aku nak.. 
bajet aku, dalam tahun ni aku dapat semua ni.
tapi boleh ke?
mak dan kak long cakap,
kalau aku rajin.
aku boleh dapat.

tulahkan, hidup aku pun sedang busy.
mengadap assignment.
lepas tu nak exam.
oh, tolong lah.
otak dah serabut dan stress gila2.

aku bajet nak nikon.
tengok nikon D3100 cam .....
ok ! 
but, entahlah..
pening kepala aku.

apa2 pun aku kena merajinkan diri untuk bekeje keras dengan family aku.
hanya itu saja jalan untuk aku dapatkan duit.
kalau macam kawan2 aku yang lain,
mereka tak perlu buat tu semua.
hanya mintak dan waiting.
but not 4 me.
i need to work and be independent.

itulah aku daripda dulu sampai sekarang.
daripda kecik dah start belajar erti MENIAGA.
korang ada?

ada baiknya kehidupan aku macam ni.
di mana aku selalu belajar sendiri tanpa banyak tanya.
orang kata kalau tak tanya sesat.
aku, ok je. 
mungkin aku adalah manusia yang belagak.
aku pun tak tau.
aku suka simpan apa yang aku pendam.

masa kecik dulu aku tak suka arwah abang aku.
(itu dulu saja. masa kecik)
serius, sebab mom and dad more focus on him.
and me, alone.
i hate that.
i always cry.
why i became like this?
other people happy with their parents.

so, aku hanya memilih berdiam daripada meluahkan.
aku simpan dan aku penah rasa nak bunuh diri.
because sometimes my sister play with my emotion.
she said that i'm *ANAK PUNGUT*
i hate that word too much !

aku alone....
dan korang suka2 buat aku macam tu.

semalam sorang akak aku cakap,
aku pengecut sebab tak nak jauh daripada mak dan abah.
ok ! aku jujur. 
mungkin aku tak mampu nak hidup tanpa mak dan abah.
but, kau tahu tak?
aku duduk sini, aku tak nak hanyut dengan dunia luar.
dunia yang penuh dengan setan2.
menghasut aku supaya berbuat jahat.
aku sedar kemampuan aku.
di sebab kan tu, aku tak nak duduk jauh.

(ok, BANYAK SANGAT PEKARA YANG AKU TAK BOLEH NAK UNGKAPKAN DENGAN KATA-KATA.

daripada kecik aku di ajar untuk memendam dan bukan meluahkan.
aku tak salah kan siapa2.
itu salah aku.
just let me,,,,,, become a gud silent. . . . . . .